TULANG RAPUH
- Tulang itu agak rapuh, tetapi mempunyai kekuatan yang cukup dan daya tahan untuk menahan tekanan, persis aja seperti kamu. -
Jam 3.00 pagi, satu rujukan dari bahagian kecemasan diterima oleh jabatan Orthopaedic, seorang lelaki, terlibat dalam kemalangan. Keretanya bertembung dengan sebuah kereta lain dari arah yang bertentangan. Setelah diperiksa dan dinilai di jabatan kecemasan, doktor mendapati tangan kiri lelaki tersebut hampir putus dan tidak dapat diselamatkan. Tiada pilihan yang sesuai melainkan tangan itu perlu diamputasi. Si isteri diberi penerangan dan keputusan amputasi terletak ditangannya kerana lelaki tersebut masih dalam keadaan krtitikal. Tanpa ragu-ragu, si isteri memberi keizinan meneruskan pembedahan.
Selesai pembedahan, keadaan lelaki tersebut bertambah baik, namun hatinya sebak tatkala membuka mata dia terpaksa menerima suatu kenyataan bahawa kehidupannya selepas ini bukan lagi seperti manusia biasa, kerna kini dia hanya punya tangan kirinya sahaja. Setelah beberapa hari di wad, lelaki tersebut dibenarkan pulang. Dia juga isterinya pulang dengan senyuman dan amat berterima kasih kepada semua yang menjaganya di wad.
Ketika menguruskan kes tersebut di wad, terlintas difikiranku sebuah kisah salah seorang sahabat, ketika di medan perang sebelah tangan sahabat itu telah direntap oleh pedang pihak lawan hingga hampir terputus. Pada firasatmu, apa yang bakal dilakukan oleh sahabat itu? Samada berhenti berlawan dengan musuh untuk merintih soal dirinya yang malang atau mengamuk memarahi pihak lawan? Kedua-duanya tidak. Sahabat tersebut mengangkat pedang menghayun pada tangan yang hampir terputus itu, lalu meneruskan perjuangannya melawan musuh.
Daebak! Dua manusia hebat ini mengajarku bahawa realiti kehidupan itu amat menyakitkan. Namun harus kau jalani dan hadapi walau sepedih mana ia terjadi.
Maka bilamana hidupmu ditutup dengan pintu-pintu musibah dan masalah, kunci apa yang kau perlukan?
Kunci 1 : Berhenti sebentar
Masalah yang melanda pasti akan membuat sel-sel otak mu berlari laju memikirkan pelbagai perkara untuk menghentikan ribut. Jadi, berhentilah sebentar. Istighfar. Sekali, dua kali, berjuta-juta kali juga tidak mengapa. Asal bisa membuat berhenti sebentar dan menenangkan diri.
Kunci 2 : Mengadu
Fitrah manusia itu ingin mengadu pabila punya masalah. Silakan, namun perlu hati-hati. Mengadu pada yang bisa dipercaya, bukan pada yang mengadu domba. Si pendengar terbaik di alam semesta ialah Allah azza wajalla.
Kunci 3 : Senarai dan analisis
Tulis dan catatkan masalahmu. Kerna apa? Manusia itu perlu lihat apa yang dialaminya. Jika dirimu sering saja tersakiti hati, ambil sekeping kertas dan sebatang pen, lalu ditulis kenapa kau terasa sakit hati. Jangan berat sebelah, tulis sejujur hati mu. Kemudian, analisis apakah benar hati ini di sakiti atau kerna kau yang tidak bisa menerima kenyataan.
Kunci 4 : Cari solusi
Botol yang tertutup pasti bisa terbuka, hanya saja caranya berbeza. Jika botol itu kaca, kau bisa pilih samada ingin buka penutupnya atau jatuhkan ke bumi lau membiarkan ia pecah. Melalui dua cara itu, isinya akan keluar cuma dalam kedaan berbeza. Beberapa hari aku di jabatan Orthopaedic, banyak perkara yang menyentak dadaku. Kebanyakan pesakit yang diterima masuk adalah mereka yang baru mengalami kemalangan, tak kira teruk atau tidak, pasti ada impak. Namun, selepas kemalangan tersebut, ‘majotiry of the damages can be repair’. Solusi itu banyak, perlu dicari. Boleh jadi solusi itu daripada buku atau orang sekeliling.
Kunci 5 : Berserah
Akhir sekali, berserah. Namun ingin diingatkan bahawa seringkaliyang terakhir adalah yang terpenting. Dan kerana kita ini manusia, tanggungjawab kita adalah berusaha. Hakikatnya, berserah itu harus diletakkan dari mula ditimpa musibah sehingga kita menerima hasilnya. Berserah itu bukan setelah kita berusaha sehabis baik, namun berserah itu harus ditemani dalam setiap langkah kita mengahadapi masalah. Kerna hanya dengan berserah kau bisa melalui ribut masalahmu dengan tenang.
Sekian saja buat kali ini. Moga ini bisa membantumu melalui hari-hari baru.
Comments
Post a Comment